Cute!
Monday, August 30, 2010
SAYA KENAL SAYANG SAYA
Thursday, August 19, 2010
Pesanan Ibu Pengantin
Sewaktu bersarapan dengan tiga anak perempuannya…
Ibu: Along, kenapa masa mak lalu kat bilik kamu… mak dengar kamu terkekek-kekek ketawa…
Along: Mak.. kan masa kecil dulu mak pesan kalau SUKA kene ketawa.
Ibu: Oooooo lantas mengajukan soalan pada si Angah... Angah pulak… kenapa mak dengar kamu nangis!!
Angah: Mak.. kan masa kecil dulu mak pesan... kalau SAKIT... kena nangis.
Ibu: Oooo terlupa pulak. Langsung bertanya pada si Adik... Adik pulak kenapa bilik kamu semalam senyap dan sunyi je... ALong kamu ketawa sebab suke... Angah... nangis sebab sakit.. Kamu je yang senyap...
Adik: Mak...... mak dah lupa ke? Kan masa kecil dulu mak selalu berpesan... JANGAN BERCAKAP BILA MULUT PENUH… .!!
Wednesday, August 11, 2010
Salam Ramadhan Utk Smua
Puasa Oh Puasa....yerp,cpat nya masa blalu...tahun ni kali ke 3 aku bpuasa bsama2 my dear...alhamdulillah....moga tahun ni lebih memberi makna dalam hidup...dan moga tahun ini amalan kita akan semakin bertambah dan sempurna perlaksanaannya. Insya Allah. Janganlah kita termasuk dalam golongan yang menganiayai diri sendiri... (^_^)
Bulan Ramadhan bulan berganda. Setiap apa saja yang dilakukan akan mendapat balasan berganda. Malahan nafsu kita juga turut berganda walaupun pada bulan ini syaitan dirantai oleh Allah. Ini adalah kerana nafsu telah bertapak di hati dan bermaharajalela.
Semoga dengan keberkatan Ramadhan ini kita akan dapat menggilap kembali hati kita yang pudar dan melumpuhkan nafsu-nafsu hitam yang bertahta di hati kita selama ini. Oleh itu, inilah masa yang perlu digunakan sebaik mungkin untuk mendidik kembali nafsu kita yang selama ini dikongkong oleh syaitan. Berpuasa bukanlah sekadar berlapar semata-mata. Tetapi puasa adalah berlapar di samping mendidik nafsu dan peribadi manusia. Ini adalah jihad yang maha besar yang perlu dihadapi oleh setiap umat Islam.
Tuesday, August 10, 2010
Shopping Untuk B'tunang....part 1