Cute!


Tuesday, July 27, 2010

6 KUNCI MENJADI PASANGAN BAHAGIA

Aku wat entri ni bukan nak cakap yang aku dengan Rosdi bahagia sangat okay walaupun pada hakikatnya we all memang bahagia ceh ceh ceh. Aku cuma sekadar nak berkongsi tips...lagipun tips ni aku dapat dari magazine inTrend dan tambah2 skit la melalui pengalaman aku... so aku nak share dengan you guys boleh kan? you guys yang dah bercouple, dah bertunang dan berkahwin mesti nak tahu kan kunci kebahagiaan ni. sometimes kita rasa tak memerlukan sebab kita dah rasa bahagia tapi apa salahnya sekadar untuk memperingatkan diri masing-masing :P

  • tahu cara mengurus rasa cemburu

menurut pakar, kunci mengawal rasa cemburu adalah tidak menjadi posesif. contoh. bila pasangan you guys tu balik rumah lambat atau keluar tak bagitahu ke apa, you guys kena tarik nafas dulu. kasi chance dia explain dulu atau story dulu dekat you guys. get it? takut nanti dia bosan asyik kena marah. contoh lagi. kalau you guys tahu atau ternampak dia keluar, and then you guys tanya dia pergi mana tapi dia tak mengaku, barulah you guys boleh cemburu atau paling tidak pun, you guys cakap ‘bye bye‘ je. eh bukan bukan; settlekan problem baik-baik tau.

  • saling melupakan masa lalu

seriously benda ni aset penting dalam hubungan. jangan pentingkan diri sendiri. melupakan dan memaafkan memang tindakan yang susah tapi kalau you guys tak buat, jangan harap hubungan you guys akan berkekalan. so, biarkan benda lepas tu menjadi sebahagian masa lalu dan jangan diingat apatah lagi diungkit balik.Let’s bygone be bygone...(ayat yg aku slalu guna)...heheh

  • tidak menuntut kesempurnaan

kesempurnaan hanya milik-Nya. so jangan harapkan kesempurnaan pada diri pasangan. terima dia seadanya. saling menghargai, menghormati dan memahami jauh lebih bermanfaat daripada menuntut sesuatu yang tak mungkin :D

  • tahu cara bertengkar atau berkompromi

tak ada pasangan yang tak pernah bertengkar. heh anda tak pernah? Anda ni manusia atau robot? atau pokok? kalau nak tetap bahagia, biarkan dia berbicara (walaupun menyakitkan hati). kawal emosi dan tampilkan ekspresi yang tenang dan baru suarakan pendapat you guys dengan kata-kata manis dan boleh diterima akal; perbezaan pendapat antara korang akan berakhir dengan baik.

  • Saling Memaafkan Antara Satu Sama Lain
Manusia sememangnya tidak terlepas dari melakukan sebarang kesilapan. Tidak kira sama ada anda telah melakukan kesilapan yang kecil mahupun besar, perkataan maaf haruslah terungkap di bibir menandakan keinsafan untuk tidak mengulangi kesilapan yang sama. Mungkin agak sukar mengungkapkan kata maaf, tetapi kemaafan yang terindah lahir dari ketulusan hati tatkala mengungkapkannya. Apa salahnya sesekali membuang perasaan ego untuk maaf-memaafi antara satu sama lain. Kesabaran manusia ada tahapnya dan gunakanlah kesempatan bermaaf-maafan ini selagi ada peluang sebelum kesalan menjadi permainan hidup.

  • Ingat Tarikh Penting

Ini adalah merupakan perkara yang sering dipandang remeh oleh kaum lelaki tetapi begitu penting dalam diari kehidupan seorang wanita. Janngan ambil mudah perkara yang amat penting bagi wanita. Wanita cukup kuat mengingati tarikh penting contohnya hari ulang tahun,hari lahir pasangan,tarikh perkenalan dan ulang tahun perkahwinan. Sesekali, buatlah kejutan supaya mereka rasa lebih disayangi.

...JADILAH PASANGAN YG TERBAIK DI KALANGAN YG TERBAIK....

Thursday, July 22, 2010

MATA MEMENDANG HTI MERASA KEPERITAN

“Sebuah kisah benar. Abang mereka hanya melihat sahaja adik perempuan mereka dicabul kehormatannya di hadapan mereka sendiri!!”

Pada suatu hari yang nyaman, dengan tiupan angin sepoi-sepoi bahasa, sebuah keluarga besar telah pergi piknik di tepi pantai. Keluarga ini merupakan keluarga yang kaya raya. Ada tauke balak, ada tauke minyak, ada tauke minyak sawit, ada tauke getah, ada tauke emas dan macam- macam lagi. Namun, tidak mungkin dalam satu bakul buah itu, semuanya elok, pasti ada jugak yang busuk.

Sebenarnya kehidupan adik-beradik ini mula goyah selepas bapa mereka dibunuh secara kejam di Turki. Kehidupan mereka mula bertelagah sesama sendiri. Bagi abang-abang yang kaya, mereka melupakan adik- adik mereka yang miskin. Bagi adik-adik yang mula belajar hidup berdikari, maka berusahalah mereka membantu adik-adik yang miskin itu semampunya sambil menempelak abang-abang mereka yang mula lupa diri.

Satu hari, semasa keluarga ini berpiknik, seorang adik perempuan mereka telah diculik dan telah dicabul dengan kejam. Perlakuan ini berlaku di depan khemah abang-abang yang kaya ini. Pencabulan si adik itu dilakukan oleh sekumpulan pendatang haram yang suka membuat kacau kehidupan orang lain. Adik-adik yang lemah ini hanya mampu memandang dengan kesayuan. Tetapi si abang-abang hanya melihat dengan keseronokan adik perempuan mereka dicabul kehormatannya di hadapan khemah mereka sendiri. Tidak lama selepas itu pula, salah seorang adik lelaki mereka pula telah lemas dihanyut ombak. Salah seorang daripada mereka cuba menyelamatkan si adik yang lemas itu tetapi dihalang oleh abang atas alasan, marilah bawak berbincang dahulu. Jangan terburu-buru, bahaya. Akhirnya, di saat adik perempuan mereka diratah dengan penuh nafsu oleh sekumpulan pendatang haram itu, dan adik lelaki pula hampir kelemasan di tengah lautan, mereka telah duduk berbincang sambil makan makanan yang mewah-mewah dan minuman yang lazat-lazat.

Tajuk persidangan kita hari ini adalah, “Cara-cara menyelamatkan adik perempuan yang dirogol dan adik lelaki yang kelemasan.” Itulah kata si abang sulung selaku pengerusi majlis.

Adik-adik yang lebih muda dengan bersemangat hendak terus bergocoh dengan pendatang-pendatang haram tersebut, dan juga tanpa menghiraukan keselamatan, ingin sahaja terus menyelamatkan adik lelaki mereka yang semakin kelemasan itu. Tetapi dengan tenang si abang-abang berkata,”Inilah orang muda, suka sangat ikut perasaan.”

Cuba sikit hormat orang tua. Kita ambik jalan yang lebih berdiplomasi.” Akhirnya, si abang berjumpa dengan ketua pendatang haram tersebut.

“Ini resolusi kami. Jangan rogol adik kami lagi. Kalau nak sangat tubuh adik kami pun, cuba hentikan rogol tu dulu. Kita buat gencatan nafsu.” Maka mereka pun berbincang. Sambil berbincang itu, pencabulan terhadap adik perempuan itu masih berjalan sambil ditonton oleh adik- beradik yang lain.

Tentang si adik lelaki yang kelemasan, seorang dari mereka cuba mendapatkan bot penyelamat, tapi dihalang oleh abang yang lain. “Hoi monyet…senyaplah… pengkhianat!” Getus hati si adik yang tidak puas hati kerana bot penyelamat yang ada telah dibocorkan oleh abang-abang mereka.

Akhirnya adik-adik berdarah muda telah diketepikan. Bagi si abang, adik berdarah muda merosakkan keadaan sahaja. Adik-adik muda ada yang dikenakan akta Ikut Suka Aku, dikhatankan buat kali kedua, dirosakkan khemahnya dan pelbagai lagi. Manakala, adik-adik perempuan muda pula ditakut-takutkan akan hilang kehormatannya.

Keadaan semakin genting. Adik-beradik tadi melakukan mesyuarat kununnya tergempar pula. Kali ni mereka agak sepakat. “Kami mengutuk sekeras-kerasnya tindakan pendatang haram mencabul adik perempuan kami.”

“Selamatkan adik kami yang kelemasan.”

Tetapi mereka hanya memasang banner di sepanjang pantai tersebut. Dengan harapan, ada orang yang akan membantu mereka. Adik perempuan mereka semakin terus dicabul. Pakaian adik perempuan mereka sudah tidak ada lagi di tubuh. Adik-beradik tadi hanya terus menonton drama cabul mencabul itu dari dekat selepas bermesyuarat yang kununnya tergempar itu.

Adik lelaki mereka pula sekiranya tadi tangannya kelihatan, kini seolah-olah sudah hampir mati. Hanya menunggu malaikat maut datang mengambil nyawa. Lalu, diangkatlah lagi banner “Selamatkanlah adik kami yang kelemasan” setinggi-tingginya dengan harapan ada orang lain yang membantu.

Bila melihat banner itu tidak berkesan. Mereka bermesyuarat lagi. Dan mereka mengeluarkan banner yang baru. Yang lebih cantik dan mahal. Adik perempuan terus dinodai. Adik lelaki sudah semakin hanyut di tengah lautan… adik-beradik lain pula terus bermesyuarat dan mesyuarat untuk menghasilkan banner dengan wording yang lebih menarik….

Itulah kisah keluarga besar di satu tempat yang dirahsiakan namanya.

catatan :

+ adik perempuan itu bernama Palestin.

+ adik lelaki itu bernama Iraq

+ abang-abang itu Pengerusi OIC & negara-negara Arab yang kaya raya

+ adik-adik yang senyap itu negara umat Islam yang membangun / mundur.

+ adik-adik yang berdarah muda itu gerakan-gerakan Islam

+ bapa yang mati dibunuh itu Khilafah Uthmaniyah

+ mesyuarat itu pula ada mesyuarat OIC

Tuesday, July 20, 2010

Antara Kita Pernah Tercipta Kenangan...

Percaya atau tidak, kenangan cinta pertama begitu membekas. Luka krn cinta pertama sangat sukar disembuh. Bahkan ketika luka tersebut sembuh, bekasnya akan tetap ada di sana. Setiap perkataan, sikap, benda, permintaan, apa saja darinya memutar dalam otak dan bangkit bila2 sahaja setiap kita menemukan hal-hal yang akan membangkitkan kenangan. Beberapa orang memiliki cara untuk lepas dari perasaan tersebut. Perasaan ini memang sukar untuk melaluinya, jadi beberapa orang memutuskan mengambil cara frontal dengan membuang semuanya, memutus tali silaturahm. Tak hairan jika ada lagu yang memiliki lirik “… merubah cintaku jadi benci.” Ada orang yang saling membenci dan memusuhi satu sama lain. Mereka lupa bahwa cinta pernah mempersatukan mereka. Cinta pernah membuat mereka mengagumi, menghormati, menyayangi, dan memuja satu sama lain. Mereka bahkan lupa apa yang menyebabkan mereka bisa pernah saling menyayangi (disarikan dari kata-kata Julia Roberts dalam film Notting Hill)

Buka diri, buka hati, selalu membuka diri terhadap perasaanr baru. Kegagalan demi kegagalan hanyalah pengalaman. Ketika pada saatnya nanti kita berjaya menemui cinta sejati, kita akan lebih menghargai keberhasilan itu. Seperti kat pepatah, cintailah dan sayangilah orang yang mencintaimu, jangan buat dia bersedih, karena masih banyak orang yang belum mendapatkan anugerah seperti itu. Saya mungkin menyesal pernah terlalu cinta pada seseorang pada saat yang salah suatu ketika dulu, tapi saya tidak menyesal karena setiap kegagalan selalu membawa pelajaran baru.Bg diri sy, yang pertama belum tentu yg terbaik,yg terbaik biasa nya yg terakhir...blajar dari kesilapan lalu untuk membuat yg terbaik di masa akan dtg...

Don’t ever give up, let’s see a new day has come for you.