Cute!


Wednesday, May 12, 2010

secebis dugaan dari Allah buat si dia...

Kehidupan tidak pernah lekang dengan perkataan “dugaan”.Apabila datang dugaan dalam kehidupan,manusia sering kali mengeluh,tertekan dan sehingga sampai satu tahap hilang kawalan diri. Ketahuilah awak, bahawa seandainya dugaan itu kita terima dengan hati yang redha terlalu banyak hikmah dan manfaatnya disebalik dugaan yang menimpa diri.Seringkali diri ini juga lupa akan hakikat dan hikmah dugaaan itu sendiri. Tanamkanlah dalam diri mulai saat ini bahawa ujian ALLAH itu tanda kasih dan sayang dari ALLAH kerana itu bermakna ALLAH ambil tahu dan peduli dengan diri kita. ALLAH menguji kita sebenarnya adalah utk mengukur sejauh mana tahap iman kita sebenarnya. Hadapilah ujian dan dugaan dari ALLAH dengan keimanan,ketakwaan dan kesabaran. Harapan ku moga dirimu baik2 sahaja dan moga dirimu sentiasa berada dibawah payung rahmat,redha dan kasih sayangNYA...amiin....saya akan sentiasa ader bsama2 awak dalam apa jua keadaan skalipun...tu janji saya syg~

1 comment:

  1. emmm masa dicengkam bahagia jangan alpa ada derita datang menyapa

    ReplyDelete